RAYUAN KEKALKAN DAN GUGURKAN PERTUKARAN PENGETUA EN SHUKRI BIN ZAKARIA

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Petisyen ini dibuat untuk memohon PPD Klang, JPN Selangor dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM untuk mengekalkan jawatan Pengetua Sekolah SMK Tengku Ampuan Jemaah Pelabuhan Klang , Encik Shukri Bin Zakaria. Hal ini berikutan, beliau telah mendapat Arahan Bertukar Sekolah secara mengejut yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2022  daripada pihak JPN Selangor

Perihal berikutan arahan pertukaran sekolah terhadap Encik Shukri Bin Zakaria amatlah tidak wajar atas beberapa sebab tetentu.

Ketika beliau diarahkan untuk bertugas sebagai Pengetua di SMKTAJ  pada tahun 2019, keadaan pencapaian akademik dan kokurikulum di SMKTAJ pada ketika itu berada di tahap yang amat kurang memuaskan. Moral dan motivasi para pelajar amatlah kurang memuaskan. Namun demikian, kedatangan beliau untuk menerajui SMKTAJ semenjak Mac 2019 telah mendatangkan pelbagai kemajuan buat sekolah. Antaranya, banyak pembaharuan yang dilakukan, peningkatan semangat dan motivasi dalam kalangan guru-guru dan para pelajar serta pelbagai lagi susun atur yang diolah beliau untuk maslahat masyarakat SMKTAJ.

Beliau juga melaksanakan landskap sekolah ke arah TS25,SMKTAJ berubah wajar ke arah yang lebih ceria dan kondusif. Selain itu, beliau berjaya memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara Persatuan Ibu bapa dan guru PIBG dan pihak pengurusan sekolah. Beliau juga turut tidak putus-putus memberi nasihat dan memberi tindakan sewajarnya dalam meningkatkan budaya disiplin pelajar dan menangkis segala amalan yang tidak bermoral dalam kalangan pelajar seperti buli, merokok dan ponteng. Sehubungan dengan itu, pihak guru-guru amatlah bermotivasi dan bersungguh sungguh dalam memajukan prestasi sekolah atas penerajuan En. Shukri Bin Zakaria.

Walaubagaimanapun, arahan yang dikeluarkan oleh Pihak JPN Selangor  amatlah mengecewakan seluruh warga SMKTAJ. Moral, motivasi dan semangat guru-guru, ibu bapa dan pelajar amatlah rendah dan kurang stabil oleh disebabkan perubahan dan rancangan yang cuba diaturkan oleh pihak JPNS secara mengejut ini.

Demi masa hadapan SMKTAJ  yang lebih cerah , seluruh warga ibubapa murid SMKTAJ amat mengharapkan arahan pertukaran sekolah terhadap En. Shukri Bin Zakaria  dibatalkan. Kami berharap pihak JPNS mendengar rintihan dan rayuan kami dan memberi kerjasama untuk meluluskan permohonan ini.

Sekian, Terima Kasih

#SHUKRIZAKARIAUntukSMKTAJ

51240396_10157091499389875_46358893445513216_n1.jpg

Sign this Petition

By signing, I authorize Hamba to hand over the information I provide on this form to those who have power on this issue.

We will not display your email address publicly online.

We will not display your email address publicly online.







Paid advertising

We will advertise this petition to 3000 people.

Learn more...