PETISYEN BANTAHAN SEKATAN PERMOHONAN PERTUKARAN PULANG GURU-GURU SEMENANJUNG YANG BERKHIDMAT DI SARAWAK.

Comments

#1

Saya mahu berpindah kerana sudah tidak ada motivasi untuk berada di negeri yg racist terhadap org luar. Kebajikan kami disini tidak dipandang berbanding guru tempatan. Saya juga perlu rawatan pakar yg tidak ada disini dan ingin duduk di rumah yg telah dibeli di Perak.

Amirah Izzati Mokhtar (LIMBANG, 2019-06-18)

#3

Berilah peluang yang adil kepada kami untuk pulang kepada keluarga kami. Kami sudah lama diperantauan dan ingin pulang. Jarak yang jauh ini menggangu kehidupan kami dan menjadi punca kepada tekanan dan kesedihan kami. Harga kapal terbang yang mahal menyukarkan kehidupan kami lagi. Terima kasih.

KAVITA ANBARASU (SERIAN, 2019-06-18)

#4

saya mahukan hak pertukaran yang telus dan dihapuskan dasar 90:10.

Siti nor syahirah binti Mohd zaki (Bintulu, 2019-06-18)

#5

Membantah sekeras-kerasnya dasar 90:10 kerana ianya tidak relevan sama sekali. Lebih banyak mudharat kepada sebelah pihak terutama kepada guru yg telah berkhidmat melebihi tempoh yg telah ditetapkan iaitu 4 Tahun seperti yg telah dijanjikan. Tiada win-win situation. Lakukan rotation semula, sila hantar fresh posting ke Sarawak semula. Bahkan adalah lebih baik jika mereka anak jati Sarawak...

NOOR HASLINA BTE ITHNIN HASLINA (MIRI, 2019-06-18)

#6

Permohonan pertukaran pulang suami yang berkhidmat di PPD Limbang, Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Hal ini adalah kerana kos dan masa perjalanan yang agak mahal dan terhad amat menyeksakan hidup kami sekeluarga.

NUR ZALINDA AB RAZAK (JOHOR, 2019-06-18)

#8

Menuntut keadilan bagi guru2 yg telah lebih 5 tahun berkhidmatan di negeri sarawak yg memohon pertukaran atas apa juga alasan...

ABDUL KADIR JALANI AHMAD (SEBUYAU, 2019-06-18)

#10

Saya sudah lama berjauhan dgn anak isteri. Isteri bakal melahirkan cahaya mata kedua pada tahun ini tetapi perpindahan masih juga belum diluluskan.

Nazrin Rahman (Pusa, 2019-06-18)

#11

Saya sangat setuju dgn cdgan yg diusulkan.Sy juga merupakan guru yg sdg mengalami masalah tersebut. Bnyak kekangan yg dihadapi di sini terutamanya untuk keperluan asas dan kesihatan. Hospital yg jauh dan keperluan bekalan makanan yg berkhasiat serta kos yang membebankan sy di sini.

NUR AZWANI BINTI MOHD SEZALI (Marudi, 2019-06-18)

#12

Cukup lama PJJ selama 5 tahun dan sudah berkhdimat di sarawak selama 7 tahun.sedangkan yang berkhidmat 3 4 tahun sudah dapat pindah.mana keadilan kami.

Aisa farid Mat ghazali (Niri, 2019-06-18)

#13

I want to be with my husband and family

Nor azniza Ariffin (Sarawak, 2019-06-18)

#14

MINTA pihak jpn meluluskan pertukaran Dan membuka lebih ramai anak watan Sarawak memasuki bidang pendidikan islam

Wan faizal Wan razali (Kuching, 2019-06-18)

#15

Saya sangat ingin bertukar ke PPD Kubang Pasu. Melebihi tempoh perkhidmatan 6 tahun

Wan Hanisah Meor Abd Aziz Suhaimi (Kuching, 2019-06-18)

#17

permohonan bersama

hasmazatun hasmat mustapha (SEBUYAU, 2019-06-18)

#19

Saya dah jemu kerja disini dan ingin pindah ke tempat yang tidak jauh dari keluarga

Mohd Zhafran Radzuan (Kapit, 2019-06-18)

#21

PJJ, ISTERI SEDANG MENGANDUNG DAN MEMPUNYAI KETUMBUHAN.

MOHD SYIHAN MOHD ZULKIFLI (TATAU,BINTULU, 2019-06-18)

#22

Menyokong pertukaran berkhidmat ke semenanjung

Wan Siti Fairuz Binti Mohamed Rani (Kuching, 2019-06-18)

#24

Keadilan untuk guru yang berkhidmat melebihi 5 tahun

Muhammad Abdullah (Kuching, 2019-06-18)

#25

Sy memang terdesak utk berpindah ke smenanjung..hampa setiap setiap kali keputusan eg tukar kluar, harap dipertimbangkan kerana sudah lebih 10 tahun sy skeluarga di sini, anak dh 4, tiket makin mahal

Azhan shakir Mahmud (Kuching, 2019-06-18)

#28

1. Hapuskan dasar 90:10
2. Sudah banyak tahun pertukaran guru antara negeri bagi Sekolah Amanah disekat oleh pihak sekolah kerana setiap tahun ramai memohon tetapi gagal.

YUSHAZLINDA BINTI YUSOFF (KUCHING, 2019-06-18)

#30

Ikut suami kerja di Selangor

Rose Emilda Rashid (Kuching, 2019-06-18)

#31

Ibubapa saya sakit dan saya menunggu giliran pertukaran saya

Dhamirah adibah Mohd norzin (sebuyau, 2019-06-18)

#33

Saya dah berpjj dengan suami selama 5 tahun, sekarang tengah mengandung anak kedua

Maisarah Omar (Sebuyau, 2019-06-18)

#34

humanity

mohamad shofi shaary (dalat, 2019-06-18)

#35

Saya dah jemu tinggal di Sarawak. Tiket flight dan pengangkutan yang membebankan, degan gaji yang tak seberapa. Saya nak balik ke tempat saya sendiri dan menabur bakti di sana sambil menjaga keluarga saya.

Allif Hafeez Lokman (Kulim, 2019-06-18)

#36

1- Hapuskan Dasar 90:10
2- PJJ - Suami di Pulau Pinang (Saya Menjaga Anak Kecil Selepas Pantang Seorang Diri)
3-Postingkan Graduan Baru Ke Sarawak
4- Sekolah Saya Sudah 2 Tahun Sekat Perpindahan Guru
5- Sistem Sekolah Amanah Yang Membebankan Guru-Guru
6- Tertekan Dengan Budaya Sekolah Amanah

NOR AMALINA MOHD JAFFAR (KUCHING, 2019-06-18)

#39

Ingin bersama anak dan isteri,tekanan perasaan dan stress yang tinggi kerana berjauhan dengan anak dan isteri,tidak dapat fokus semasa mengajar dan tidak ada semangat bekerja.Dibebani hutang yang tinggi untuk perbelanjaan tiket penerbangan untuk tujuan menjenguk anak dan isteri.

MOHD RIDZWAN BIN BORHAN (KLUANG, 2019-06-18)

#40

Saya ingin bertukar ke mana-mana PPD di semenanjung, kecuali di Johor. Saya tinggal berjauhan dgn suami saya sejak kami mula berkahwin. Saya juga perlu menjaga adik OKU down sindrom yang menghidap penyakit diabetes kronik. Adik perlu disuntik insulin 4x sehari dan temujanji di hospital hampir setiap bulan. Saya merupakan orang yang paling rapat dengannya dan adik hanya mendengar nasihat saya sahaja. Adik sering hilang dari rumah dan bertindak agresif apabila saya tiada di sisinya. Adik kini dijaga ibu bapa yang telah uzur iaitu ibu 67 tahun, bapa 73 tahun. Saya sudah hilang motivasi untuk terus tinggal di Bintulu. Prestasi kerja merosot dengan teruk. Emosi saya sangat penat dan sudah menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

NORALINA HANIM HJ YAAKUB (BINTULU, 2019-06-18)

#41

Tujuan saya isi petisyen ini kerana dasar 10:90 menyekat pertukaran guru untuk berpindah balik ke semenanjung malaysia

MD IRWAN IBRAHIM (DALAT, 2019-06-18)

#42

Sebab susah sangat nak tukar, tiada motivasi, PJJ, anak pun dah tak kenal bapa sendiri, hubungan semakin renggang. TOLONGLAH HALAU SAYA DARI SARAWAK.

AHMAD MUAZ AMIN (KLANG, 2019-06-18)

#45

Saya berharap dapat berpindah balik kerana ibu bapa saya ada masalah kesihatan dan tiada siapa yang menjaga.. Adik beradik yang lain sudah berkahwin dan tinggal berjauhan.

AHMAD SYAHMI AHMAD SHIHAB (Negeri Sembilan, 2019-06-18)

#47

Cukup tempoh perkhidmatan ditempat distesen lama.. Mahu balik ke tempat sendiri

IBRAHIM ABDULLAH (Miri, 2019-06-18)

#48

Perkhidmatan sudah melebihi 5 tahun

Nazmi Samad (Kanowit, 2019-06-18)

#50

Sy berjauhan dengan anak-anak dan isteri hampir lebih EMPAT TAHUN.

AZRISAFWAN ALIAS (SEBUYAU, 2019-06-18)

#51

Ingin berpindah ke wilayah asal supaya dapat menjaga ibu. Ibu saya baru kehilangan suami iaitu ayah kami. Tq

Hairul Amin Hassan (Perlis, 2019-06-18)

#52

Sudah lama berkhidmat di sarawak

Mohd Nordin Abdullah (Sebuyau, 2019-06-18)

#53

result eg tukar gagal....

mohd mazlan mahat (lawas, 2019-06-18)

#55

PJJ dengan suami, susah sangat nak tukar, tiada motivasi, stress, tiket flight balik kampung mahal, memerlukan rawatan susulan ditempat dipohon

Siti Masni Zakaria (Kota Bharu, 2019-06-18)

#56

Dari tahun 2015 sehingga sekarang permohonan saya masih tidak diluluskan..mak saya sakit,dia tak sampai hati untuk memberitahu saya kerana risau saya susah hati di sini..sehinggalah .ak saya meninggal dunia seminggu sebelum raya baru2 ini..disamping kesusahan menjaga anak seorang diri di sini tanpa suami..sakit penat lelah saya tanggung seorang di sini..bantulah saya untuk urusan perpindahan saya ini..seandainya permohonan saya ini gagal lagi untum tahun ini,mungkin saya akan berserah pada takdir yang akan datang..sekian

Ani Nadhrah (Sarawak, 2019-06-18)

#57

Permohonan untuk pindah tidak diluluskan walaupun sudah 10 tahun berkhidmat di sarawak. Kekangan perbelanjaan pulang je kampung kerana keluarga bertambah besar dan kos penerbangan yang mahal.

Benjamin Omar (Kuching, 2019-06-18)

#60

saya nk berkhidmat di semenanjung... tiket kapal terbang terlampau membebankan di Sarawak

Anas Akmal (Lawas, 2019-06-18)

#62

Isteri saya sudah masuk tahun ke 5 berkhidmat di negeri Sarawak. Agak kecewa apabila ada guru guru yang dapat bertukar balik ke semenanjung bukan dari yang ada masalah kritikal seperti masalah kesihatan mahupun masalah keluarga tetapi dapat bertukar dengan ada pertalian dengan orang orang tertentu (kabel) atau guru bujang.

Megat Muhamad Zahid (Ipoh, 2019-06-18)

#63

Saya bersetuju untuk membuat bantahan ini kerana ingin berpindah ke Semenanjung mengikuti isteri yang menetap di sana dan menjaga ibu bapa yang telah berusia.

Ahmad Asyraf (Lawas, 2019-06-18)

#64

Saya berharap sistem giliran dibuat untik guru2 di Sabah Sarawak supaya beban dari segi emosi ( berjauhan dengan keluarga today Kira Sama Ada bujang atau berkahwin) Dan kewangan ( harga tiket yang Mahal) dapat dikurangkan.

Raziah Zainal Abidin (Sibu, 2019-06-18)

#66

ABAH TIADA ORANG JAGA SELEPAS IBU MENINGGAL 2017..abang yang berdekatan dengan abah kurang sihat untuk jaga abah..kos kapal terbang yg tinggi selepas ada anak..

KAMIL ZAINAL ABIDIN (SEREMBAN, 2019-06-18)

#67

Susah sangat ke nak bagi saya tukar? Walaupun bujang, saya pun ada mak ayah perlu dijaga. Jangan kata "orang lain pun ada mak ayah". Betul, orang lain pun ada mak ayah. Tapi yang mengeluarkan kenyataan itu, adakah anda berada di tempat kami? Adakah anda berjauhan dengan mak ayah anda hampir 6 7 tahun?? Halaulah saya dari Sarawak. 😭😭

Noor Afiqah Saidah Binti Kamarudin (Kuala Terengganu , 2019-06-18)

#68

1.pjj
2. keluarga sakit

nuraini salleh mohamas (kuching, 2019-06-18)

#69

Pindah balik Negeri Perak

Muhammad Naim Zakaria (DALAT, 2019-06-18)

#70

PJJ sdh lama. 2 org anak sy meninggal dunia bln lepas dan x sempat sy mlihat mayat mereja akibat berada jauh dgn isteri. emosi isteri tidak stabil. doktor menyokong agar sy berada dkt dgn isteri. tlg pindahkan sy segera.. doakan hasyimy dapat pindah.. aminn..

mohamad hasyimy hashim (alor setar, 2019-06-18)

#72

Terlalu lama di Sarawak. Dekat dengan keluarga. Jangan menutup peluang orang bujang untuk berpindah. Menjimatkan wang kerajaan ( sekolah P2 )

Nor Syahida Ibrahim (Kuala Terengganu , 2019-06-18)

#74

Saya nak balik perlis...rumah dh beli..anak dh ramai..tak mampu nk beli tiket mahal2..nak balik tgk mak ayah puas2 sebelum mereka mati..

Mohamad Fikrie Ahmad Shaidi (Lawas, 2019-06-18)

#75

Tiada motivasi, tawar hati, untuk mengajar disebabkan pjj bersama anak dan suami.
Ingin selamatkan hubungan suami isteri.

Norhashima Mohd Idris (Parit buntar, 2019-06-18)

#76

Kerana permohonan perpindahan tukar ke semenanjung sangat susah nak dapat,saya juga ingin menjaga dan berkhidmat untuk kedua ibu bapa yang sudah tua dan kurang sihat di kampung. Selain itu, sudah cukup tempoh perkhidmatan di sarawak (5 tahun), ingin merasai suasana berkhidmat di tempat baru supaya lebih bermotivasi untuk bekerja.

Saripah Asmini (Bachok, 2019-06-18)

#77

-suami menghidap penyakit 'keratoconus' yang memerlukan penjagaan isteri disisi
-berjauhan dengan suami di Langkawi, Kedah hampir 3 tahun
-sudah berkhidmat di sarawak 5 tahun
-sudah bina rumah di Langkawi, Kedah

Marzhati Roslan (Tatau, 2019-06-18)

#78

I need to get transferred out of sarawak. I can't handle the stress and office harassment that's going on in my school. I want to go back to my husband and family.

Parmela Vijayan (Song, 2019-06-18)

#79

Saya bersetuju dengan cadangan yang di berikan dan perlu wujudkan sistem penggiliran yang adil dan telus.

Fazrol azri Abdul mutalib (Jeli, 2019-06-18)

#81

Tempoh berkhidmat yg ckup lama di tmpat bertugas

Muhammad Zulkefle (Sri Aman, 2019-06-18)

#82

pastikan tiada halangan di peri gkat ppd dan jpn negeri bagi yang mohon pertukaran

muhammmad nazim hayazi (serian, 2019-06-18)

#83

harga tiket yang melambung tinggi, memerlukan banyak kos untuk pulang ke kampung kerana perlu balik kampung selalu kerana ibu bapa mertua tidak sihat dan sudah berumur. Ibu bapa sendiri sudah meninggal dunia, disamping itu juga sudah mempunyai rumah di kampung beberapa tahun yg lalu di kampung. manakala di sini terpaksa menyewa dan membayar kos ke dua2 isi rumah. Sudah ramai ahli keluarga meninggal dunia. saya tidak dapat bersama2 dengan keluarga di saat akhir umur kerana jauh diperantauan dan ini amat mendukacitakan saya.

SITI NOR ABDUL RAHMAN (MIRI, 2019-06-18)

#84

Ingin berkhidmat di negeri lain.

Muhammad Firdaus Yussof (Perlis, 2019-06-18)

#85

1)tempoh perkhidmatan yang sudah matang di sarawak
2)kos penerbangan yang terlalu mahal(berkeluarga)
3)ingin beri khidmat pula pada ibu bapa yang sakit dan uzur
4)sudah tiada motivasi berkhidmat di sekolah yang sama
5)menempuh perjalanan pulang yang amat meletihkan terutama anak kecil

mohd alif abdullah (dalat, 2019-06-18)

#87

berkhidmat telah melebihi 5tahun
kediaman sudah dbeli
kawasan minta ditukarkan masih banyak kekosongan (ppd timur laut, Penang)
kos yg tinggi (berkeluarga) ibu tunggal (warga emas)

Mohamad Syahril Abu Bakar (Sri Aman, 2019-06-18)

#88

tempoh khidmat melebihi 5 tahun
kediaman sudah dibeli
tanggungjawab menjaga ibu tunggal
kos tinggi (sudah berkeluarga).

Noorashikin Hashim (Sri Aman, 2019-06-18)

#89

Susah nak pindah semenanjung jika dasar 90:10 ini masih kekal

Shamil Azwan Sahari (Jeli, 2019-06-18)

#90

Bapa sudah meninggal
Ibu penghidap kencing manis
Kos sara hidup
Kos kapal terbang tinggi

Fatin Afifah Mohamad Yusof (Alor Setar, 2019-06-18)

#91

Menerima ancaman keselamatan.
Memerlukan suasana Kerja yang baharu.

Esmawaty Samad (Pahang, 2019-06-18)

#92

Sudah berkhidmat di Sarawak selama 6 tahun dan tempoh itu terlalu lama untuk saya. Saya sedang berpjj

WAHIDAH MOHD DAUD (LAWAS, 2019-06-18)

#94

Sebab sy nk pindah

Joule de Muze (Limbang, 2019-06-18)

#95

Untuk menjalan tugas suami isteri bersama

Noor aishah Awang shaari (Kuching, 2019-06-18)

#97

Telah berkhidmat selama 5 tahun di sarawak.Mohon dpt pulang ke semenanjung kerana pjj dgn isteri Dan kluarga. Kos pengangkutan semakin meningkat memberi bebanan kewangan kepada kami yang duduk berjauhan keluarga.kondisi kesihatan Mak Dan ayah yang semakin berusia diharap dpt menjaga kesihatan mereka..mohon Harap2 Sgt dipindahkan ke semenanjung

Mohd Sulhi Amri (Sarawak, 2019-06-18)

#98

Sudah lama berjauhan dengan suami,2 kali keguguran dan sukar untuk melakukan rawatan Invitro fertilisation(IVF) kerana berjauhan.

Thahirah Che Musa (Kuching, 2019-06-18)

#101

Sudah lebih tempoh 5 tahun
Mahu berubah angin
Rasa tidak dihargai di tempat bertugas semasa

Mohd Razis Abdul Razak II (Lawas, 2019-06-18)

#102

Saya mohon kebajikan untuk guru yang telah berkahwin untuk tinggal bersama pasangan terjaga, sekurang-kurangnya emosi dan semangat untuk bekerja ada. Kesusahan dan keseronokan membesarkan anak dapat dirasai bersama. Anak yang telah berusia 3 tahun juga sentiasa mencari dan menyebut-nyebut ayahnya tanda perlukan perhatian dan belaian. Pengurusan kewangan juga in shaa Allah lebih stabil sekiranya tidak PJJ Borneo-Jerantut, Pahang. Terima kasih.

ADILAH BINTI KAMAL AZIZI (Kuching, 2019-06-18)

#103

Saya membantah keputusan tidak membenarkan guru luar yang berkhidmat di sarawak memohon pertukaran kerana ini adalah hak kami

Mohd Hakimi Hassim (Kuching, 2019-06-18)

#104

Its my right to be stay close to my family.. And its my right to be happy with my job..

Wan mohamad aiman Wan zaidi (Kapit, 2019-06-18)

#105

Saya nak pindah untuk bersama keluarga saya..isteri dan anak saya ditinggalkan lebih dari 6 tahun.

Mohd Suhairul Saidi (Kuching, 2019-06-18)

#106

Iam the teacher at sarawak and will apply for eg tukar soon.

Azhan Zakaria (Tanah merah, 2019-06-18)

#107

Ingin menjaga ibu dan ayah yang semakin tua, ingin membesarkan anak dengan suasana yang lebih kondusif, ingin menyambung pelajaran dan sudah tahun ke-7 berkhidmat di Sarawak dan ingin pengalaman baru.

muhammad erfan masruhen (PUCHONG, 2019-06-18)

#108

guru dukalara... PJJ dengan isteri

Muhammad Firdaus Ahmad Fikri (Kuching, Sarawak, 2019-06-18)

#109

- Lebih 5 Tahun perkhidmatan
- Bapa sakit (kanser lymphoma) perlu bantuan satu-satunya anak
- Berjauhan keluarga

MUHAMMAD RADHI AKHIR RUDIN (KUCHING, 2019-06-18)

#110

Telah memohon pertukaran banyak kali namun masih gagal.. Telah berkhidmat lebih 5 tahun di stesen semasa.

Nur Aznin Sahari (Lawas, 2019-06-18)

#111

Saya ingin pulang ke negeri asal saya. Hal ini kerana saya tidak mahu merasa ralat apabila terdapat kematian ahli keluarga terdekat. Baru-baru ini nenek saya pula telah meninggal dan tidak dapat pulang kerana masalah pengangkutan. Saya ingin hidup bahagia.

Siti Amalina Mazni (Perlis, 2019-06-18)

#112

SAYA BANTAH DASAR 90:10 DENGAN MENYEKAT PERTUKARAN KE SEMENANJUNG.
PERTUKARAN SEDIA ADA SANGAT TIDAK TELUS DAN PILIH BULU.
DISKRIMINASI BERLAKU DALAM SISTEM PENTADBIRAN PPD .

MOHD AFIQ SYAZWAN JAMEAN (SUNGAI BESAR, 2019-06-18)

#113

I've been away from my family for 15 years now including my 5 years in service. I really need to be there, back home to fulfill my responsibilities as a family member. I believe this will also motivate me to perform my duties at work better. Due to the distance, my health is compromised and recently I've been diagnosed with an inherited critical illness which needs comprehensive treatment. On account of these obligations, I have also put my marriage on hold for long time.

SSHANTENE SILVASARATHY NAIDU (KEDAH, 2019-06-18)

#114

Sudah lama berkhidmat dan kos kapal terbang mahal u pulang ke kampung halaman menziarahi ibubapa y sdang skit.

Khairun naasirah Hasan (Sibu, 2019-06-18)

#116

Telah berkhidmat melebihi 5 tahun & berjauhan dengan pasangan sejak berkahwin (2014) sehingga sekarang. Telah mempunyai 2 orang anak; anak yg sulung (4 tahun) tinggal di Semenanjung & akan bersekolah tahun hadapan.

NURDIYANA ZAIDI (KUCHING, 2019-06-18)

#120

Saya bersetuju dengan petisyen ini kerana saya telah berjauhan hampir 4 tahun dengan suami. Kedua-dua anak saya tinggal di Semenanjung dan diasuh oleh suami. Anak-anak saya memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu. Kami sering dimaklumkan punca utama kegagalan egtukar kami adalah disebabkan oleh kekurangan guru opsyen Pendidikan Islam di Sarawak. Kami berharap pihak tuan mengambil kira juga kebajikan emosi dan kesejahteraan anak-anak kami yang membesar tanpa kasih sayang ibubapa sepenuhnya.

HANIS ZHAFIRAH (KUCHING, 2019-06-18)

#122

Ancaman keselamatan diri
-Diugut murid untuk ditetak
-Diugut untuk dipukul
-Diugut kerana tidak puas hati dengan hukuman disiplin
-menjejaskan tumpuan kerja dan prestasi
-rasa keselamatan tiada terjamin di tempat tinggal sekarang

Zulfadzli Mahamad (Raub, 2019-06-18)

#123

dekat dengan keluarga

Faiz Rahim (song, 2019-06-18)

#124

Say no long pjj

Mohd Sofian bin Mohd rofaa Sofian (Kuala Kangsar, 2019-06-18)

#126

Sudah melebihi 5 tahun di sarawak. Dah beli rumah di Perak. Nak menjaga ibu bapa yg sakit. Harga tiket mahal. Tak mampu nak balik kampung selalu apatah lagi jika kecemasan yg perlu balik mengejut.

Khamalieana Roslan (Ipoh, 2019-06-18)

#127

Hilang motivasi bekerja terlalu lama d sarawak.....
Br kematian ayah kandung...
Perbelanjaan tinggi untuk pulang ke kampung-6 ahli keluarga...

Kenapa posting baru tidak d posting d sarawak...kenapa kami yg berada di sarawak tidak dapat pulang....postingkan yang baru di sarawak u menggantikan kami yang dah lama d sarawak....
Yang melalui sahaja akan faham masalah kami...
Mintak pihak tuan bertimbang rasa untuk kami yang dah lama di sarawak..

Mohd zamzami B che ab rahim (Kota bharu, 2019-06-18)

#128

Dah la ma tinggal keluarga nk berhijrah tabur budi di bumi sendiri..

Muhammad raffie Zainal abidin (Sri aman , 2019-06-18)

#130

1.Kebajikan keluarga,kebajikan anak tiada pengasuh sesuai dipedalaman,berkongsi rumah,masalah kemudahan asas-elektrik dan air.
2.Melebihi 4 tahun di sekolah semasa
3.Masalah kesihatan ibu bapa..Bapa ada penyakit jantung dan ibu stroke sebelah kiri badan tak dapat bergerak.
4.Masalah kesihatan diri tekanan darah tinggi.

Ahmad Roshidi Rukman (Bachok, 2019-06-18)

#131

Tidak setuju dgn cdagan tu

Moh amier Mohd rapandi (Kanowit, 2019-06-18)

#132

Tekanan Perasaan. Hilang minat dalam bekerja. Beban tugas yg tidak relevan. Sudah 3 bulan bertugas sambil membawa anak ke kelas. Hilang harap terhadap egtukar. Depressi. Hampir melarikan diri meninggalkan anak2 dan suami. Suami bekerja tanpa permit pekerjaan SARAWAK dan sudah diberi amaran dari pihak imigresen. Dia perlu bekerja dan bayar nafkah serta yuran sekolah dan taska anak2 tetapi dia enggan berPJJ.

INA INA (Miri, 2019-06-18)

#133

Saya ingin bertukar ke negeri Pahang bagi menjaga ayah dan ibu saya yang sakit dan menerima rawatan di hospital.

Ahmad Shahir yahaya (Kuching, 2019-06-18)

#136

Tempoh perkhidmatan melebihi 5tahun.. Kos yang tinggi berada di kapit untuk setiap kali pulang ke kampung. Terpaksa menaiki bot ekpres dari kapit-sibu-kapit yang penuh berisiko

MOHD ZAIDI MOHAMED NOR (KAPIT, 2019-06-18)

#137

Saya gagal dalam permohonan eg tukar dari negeri sarawak ke negeri kedah berikutan permasalahan yang tertera dalam petition

Noor hayati Ibrahim (Dalat, 2019-06-18)

#138

Setakat ini opsyen (biologi) saya belum ada pengganti drpd org local srwak.. Isteri pon sama (bhs arab). Harap jpn srwk dpt sediakn pengganti sebelum kami pindah.

Muhammad Shakir Bin Che Soh (Limbang, 2019-06-18)

#141

Ingin kembali ke negeri asal

Mohd Izwan Juwahir (Johor, 2019-06-18)

#142

Prestasi di sekolah semasa menyekat minat dan prestasi

Amir Razak (Bintulu, 2019-06-18)

#143

Berjauhan dengan isteri..isteri mengidap penyakit cyst

Muaz Ismail (Terengganu , 2019-06-18)

#144

sebab saya mahu bertukar

MOHAMAD AFIF IZZAT RAZALI (BETONG, 2019-06-18)

#147

SAYA MERAYU TOLONG PINDAHKAN SAYA KE SEMENANJUNG

Husin Hafiz (Limbang, 2019-06-18)

#148

Bakal berkahwin bulan ogos nanti & pasangan baru kematian ibunya. Pasangan berkerja di kampung perlu menyara 2 org adik yg masih bersekolah dan seorang abg yg menghadapi masalah kemurungun serta bapa tiri yang sudah uzur. Mustahil untuk sy bawa mereka semua ke sarawak kerana menelan kos perbelanjaan yg sangat besar

Muhamad azlan Osman (Bintulu, 2019-06-18)

#149

saya mahu dipindahkan ke semenanjung tahun ini juga.

Mastura Abidah Abd Manaf (Engkilili, 2019-06-18)

#150

Saya mempunyai bapa yg uzur menggunakan kerusi roda dan ibu sakit parkinson. Saya sudah berkahwin dan menjaga anak seorang diri di Miri. Saya perlukam suami. Tiada perkahwinan yang ingin tinggal berasingan. Begitu juga saya. Bermula dari tahun 2015 sy memohon eg tukar. Saya ingin berpindah ke Johor.

Noor Haslinda Abu Hassan (Miri, 2019-06-18)

#151

Im supporting this cause.

Syamer Muhazzab Abdul Malek (Kedah, 2019-06-18)

#153

1. Polisi 90:10 telah gagal mencapai targetnya. Polisi ini sepatutnya dibekukan dan dikaji semula. Benda dah gagal, buat apa simpan.
2. Saya nak minta sistem pertukaran yang lebih adil. Dalam pemerhatian saya, banyak perpindahan yang tidak adil berlaku. Diwar-warkan bahawa sistem pertukaran ini menggunakan sistem merit tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Memanglah kelulusan perpindahan ini adalah rezeki masing2 tetapi apa yang saya nampak, rezeki ini boleh ditentukan oleh beberapa tangan di pejabat.
3. Jika masih mahukan khidmat kami lg di sini, naikkan elaun kami ataupun beri bonus 9 bulan gaji setiap tahun. Percayalah, isu pertukaran ini akan segera selesai. Kalau xada duit, hantar kami balik.

Insan kecewa Dan sedih (Kapit, 2019-06-18)

#155

Mahu perpindahan ke Semenanjung diluluskan. Wujudkan sistem giliran. Tidak adil sekiranya menahan kami di sini lebih dari 3 tahun tempoh perkhidmatan.

Hafizati Husna Ibrahim (Kapit, 2019-06-19)

#158

ingin berpindah ke semenanjung

Mazila Che Soh (Sarawak, 2019-06-19)

#160

inginkan keadilan yang saksama dalam sistem pertukaran guru

Anas Che Prudential (bau, 2019-06-19)

#161

Ingin berada bersama keluarga memandangkan anak saya 2 orang dipisahkan secara paksa rela....

Nur Syahieda Salleh (Terengganu, 2019-06-19)

#163

Saya menyokong untuk laksanakan sistem giliran,, guru2 dari semenanjung boleh dihantar ke sabah/sarawak dgn syarat tempoh maksimum 5 tahun,, selepas dari itu diganti dengan guru yg baharu dlm perkhidmatan. Saya amat yakin dgn kaedah ini guru2 dari semenanjung akn merasa lebih terbuka utk berkhidmat di sabah/sarawak. Terima kasih.

Shafiq Yasin (Terengganu , 2019-06-19)

#166

Saya berjauhan dengan suami dan sekarang sedang dalam rawatan di hospital kerajaan di Kedah.

Nur Adawiyah Muhamad Ajos (Pulau pinang, 2019-06-19)

#167

Ppd Song menyekat pertukaran saya pulang ke semenanjung sedangkan saya mohon pertukaran ke Selangor dan Kuala Lumpur selama 3 tahun ini.

Nurul Nadiah Che Adnan (Kuala Terengganu , 2019-06-19)

#171

Rasa tertindas dan suasana budaya kerja yang tidak memberi kesan positif.

Muhammad amin Bin ab rahman (Limbang, 2019-06-19)

#173

Saya berkhidmat di pedalaman Sarawak sejak 2015. Memohon berpindah pada 2018 atas alasan hamil, dan kini 2019 membawa bayi ke pedalaman. Jarak perjalanan saya ke Miri adalah 2 jam perahu dan 8-10 jam menggunakan 4wd. Kemudahab klinik yang terdekat perlu menggunakan perahu selama 1-2 jam, dan suami saya berada di semenanjung, kami tinggal pjj sejak 2017. Hamil dan membesarkan bayi seorang diri di pedalaman sini sangat sukar.

Hazwani Kamaludin (Ulu Baram, Sarawak, 2019-06-19)

#174

Say nk pindah.. emosi dan fokus kerja dah lemah

Nurul Ain Mohd Ariff (Alor setar, 2019-06-19)

#175

Pjj...terpaksa tinggalkan anak bersama suami di semenanjung krn kemudahan yg kurang lengkap di tempat semasa..suami kurang sihat krn mengalami anaroctal fistula

HALIMAH BINTI CHE HASAN (SIBU, 2019-06-19)

#177

anak saya sudah berkhidmat 5 tahun di pedalaman sarawak dengan penoh susah payah, membawa bersama anak kecil sebaik habis pantang

ruhaya yaacob (jitra, 2019-06-19)

#178

Berharap dapat tukar dari sarawak balik ke semenanjung.

Norfazliza binti ramli Ramli (Lawas, 2019-06-19)

#181

Kos sara hidup tinggi di bintulu, tiket bintulu-kl sangat mahal berbanding tempat lain di sarawak, sewa rumah mahal, tekanan memikirkan kewangan, tekanan dengan budaya tempat kerja, suasana budaya disini tak sama dengan diri(orang perempuan seksi-seksi), berjauhan dengan isteri dan keluarga, baru berkahwin dah kena berjauhan dengan isteri, orang sini seksi pulak tu, kesian syahwat. Nak pindahhhh,, Bye

Ahmad Faiq Bin Ahmad Rusli (Pasir Puteh, 2019-06-19)

#182

1. Ingin dipindahkan berdekatan dengan anak, suami dan keluarga.
2. Anak kelihatan sedih tanpa ibu di sisi.
3. Sudah cukup tempoh perkhidmatan di sekolah pertama posting (5 tahun)
4. Ingin hidup sebagai sebuah keluarga sempurna.
5. Kos tinggi untuk pulang ke semenanjung (sebulan dua kali pulang)

NURNADIA SHARUDIN (SIBU , 2019-06-19)

#183

Berduka Lara, bakal melahirkan anak pada bulan Ogos. Ingin menjaga bapa yang uzur yang tinggal sendiri.Ibu telah meninggal dunia pada tahun lepas .

Irasuzura Ibrahim (Miri, 2019-06-19)

#184

Saya sudah lama berkhidmat di Sarawak dan semakin tidak bermotivasi. Saya ingin menjaga ibu yang sakit. Saya juga memiliki rumah sendiri dan menanggung hutang.

Siti Khadijah makhyudin (Kuching, 2019-06-19)

#186

Sebab stress nak pindah

Mohamad Zahid Fahmi Zakaria (Sungai Petani, 2019-06-19)

#187

-Sistem EG Tukar dilihat tidak adil kerana rintihan guru-guru bujang tidak didengari
-Bukan semua guru memilih untuk hidup bujang kerana mungkin mempunyai masalah lain seperti belum bertemu jodoh, masalah kesihatan, masalah kewangan atau ingin menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa
-Dasar 90/10 yang dilaksanakan membuat kami di Sabah dan Sarawak tertekan seolah-olah memang kami tidak akan dipindahkan ke semenanjung. Ini adalah kerana ramai junior kami yang ditempatkan di sekolah berdekatan kampung halaman. Sepatutnya KPM/BPTV perlu adil samada gunakan sistem penggiliran untuk atasi masalah kami ini
-Pihak pentadbir sekolah kadang kala tidak dapat dibawa berbincang untuk kami mengadu masalah kami yang menghadapi masalah kewangan berikutan kos sara hidup dan kos tiket penerbangan pulang yang agak mahal. Penggunaan Cuti Rehat Khas kami dikawal ketat walaupun pelbagai alasan munasabah beserta bukti telah dikemukakan. Hal ini menyebabkan saya tertekan

AHMAD FAHMI BIN MOHD ADNI (IPOH, 2019-06-19)

#188

1. SAYA MAHU TINGGAL BERSAMA SUAMI, ANAK-ANAK & KELUARGA
2. SAYA TIDAK BERMOTIVASI LAGI
3. SUDAH LAMA BERKHIDMAT DI KUCHING

NOR AZLINDA MOHD NORDIN (KUCHING , 2019-06-19)

#191

I want to back work at my place.

NIK NABILA BINTI WAN SUPIAN (BEKENU, 2019-06-19)

#194

Saya ibu seorang anak yang sudah berada di kuching 5 tahun bersama anak seorang diri. Berjauhan dengan pasangan

Hazira Alias (Kuching, 2019-06-19)

#196

Pemohonan 4 tahun berturut-turut belum diluluskan kerana kekurangan guru Di Sarawak tetapi guru baharu yang dilantik Di tempatkan Di semenanjung. Perkara ini tidak adil dan menyusahkan saya kerana ibu saya tinggal bersendirian Di kampung.

ABU SUFFIAN IBRAHIM (PERMAISURI, 2019-06-19)

#197

berduka lara, anak & isteri di semenanjung, anak masih kecil, isteri menguruskan hal anak seorang diri

afdal idris (bario, 2019-06-19)

#198

Pelbagai tekanan yang dihadapi menjadikan diri semakin hilang semangat untuk mengajar dan menabur bakti di stesen semasa.

Mohammad Naqiuddin Abd Majid (Kedah, 2019-06-19)

#199

Sebab saya nak pindah ke semenanjung. Cukup 5 tahun perkhidmatan di Sarawak..tiket flight mahal dan sangat bebankan saya..Anak2 saya semakin bertambah.

Izah Aziz (Kelantan, 2019-06-19)