PETISYEN BANTAHAN SEKATAN PERMOHONAN PERTUKARAN PULANG GURU-GURU SEMENANJUNG YANG BERKHIDMAT DI SARAWAK.

Comments

#202

Saya salah seorang daripadanya, namun saya salah seorang guru yang ingin balik ke Sabah. Tolong ambil perhatian buat guru-guru yang berasal daripada Sabah. Kami juga mengalami perkara yang sama. Tempoh perkhidmatan sudah melebihi 5 tahun & ke atas masih banyak lagi yang tidak diluluskan permohonan EG tukar.

Sheena MT (Sebauh, 2019-06-19)

#204

Saya dan isteri mahu berpindah

Kaf Mim Alif Lam (Kapit, 2019-06-19)

#206

Keadilan untuk guru-guru semenanjung yang lama berkhidmat di Sarawak berpindah di tempat yang dimohon

Mohd Hasrol Abd Halim (Sarawak, 2019-06-19)

#207

90:10 adalah dasar yang hanya untuk kepentingan pihak yang tertentu. itu sahaja. full stop.

Mohamad Asyhraf (Kota Bharu, 2019-06-19)

#212

Ingt duduk sebumbung bersama suami.

Zairatul syazwani mohd muhyiddin (miri, 2019-06-19)

#213

Tiket perbelanjaan untuk pulang ke Semenanjung semakin meningkat. Bilangan ahli keluaga semakin ramai.

Fattah Othman (Kepala Batas, 2019-06-19)

#214

Im hoping that each of us gets equal chances of getting transferred especially for those who have been teaching more than 5 years.
I had been working here more than my requirements of service in only one particular area. I'm dire need of transfer to my hometown.

UMAR FIKRI MOHAMAD SHAKRI (KAPIT, 2019-06-19)

#217

Sudah 6 tahun berkhidmat di sarawak, ingin pulang ke pangkuan anak dan isteri di Melaka. Hidup berjauhan selama 3 tahun dan sentiasa gagal perpindahan. Isteri terpaksa menguruskan rumahtangga sendirian.

Saiful Rizal (Niah, 2019-06-19)

#218

Dah mereput kat sini weh. PJJ dan ada anak dah ni. Nak sambung belajar pun payah sbb cost pengangkutan bagai. Perancangan hidup nak beli rumah semua tergandala. Xkan dah pencen baru boleh balik semenanjung? Emak ayah tgh ada lagi ni patut tlg berkhidmat kat mereka. Takkan sampai dah takde baru boleh balik

Nuradilah Sharifudin (Kapit, 2019-06-19)

#221

Saya memerlukan suami saya di sisi untuk menjaga anak di Port Dickson.

maizura ab rahman (port dickson, 2019-06-19)

#223

Saya tinggal berjauhan dengan isteri dan anak. Isteri dan anak di Kapit manakala saya di sekolah pedalaman 3 Saratok. Kami hanya berjumpa hujung minggu dan kami telah mempunyai rumah di Melaka

Mohd Fakhrulradzi (Kabong, 2019-06-19)

#224

PJJ

Siti Razali (Pusa, 2019-06-19)

#226

Saya guru di kawasan pedalaman 3 yang sering sakit Dan sudah melampirkan pelbagai jenis surat untuk berpindah, namun ditahan kerana faktor kekurangan guru. Saya sangat sedih dam me jadi murung

Nurul Syuhada binti Azman (MELAKA, 2019-06-19)

#227

Signing this to support my family member

Khalisah Azman (Melaka, 2019-06-19)

#230

tolong bagi guru² baru pula merasa bertugas di sarawak. kami yang mempunyai pelbagai kesulitan ini tolonglah benarkan kami berpindah. nak bekerja pun kurang semangat apabila banyak masalah.

hidayah haron (sarawak, 2019-06-19)

#231

Am signing this petition because I have depression and i already send the medical report to ppd n jpn but still being rejected for few times

Hisyam Aris (Kapit, 2019-06-19)

#232

1. Berjauhan 3 penjuru. Anak di Johor. Suami di Selangor.
2. Hamil 4 bulan anak ke 2.
3. Sekolah pedalaman (P3).
4. Badan tidak tahan berjalan jauh. Dari Johor ke Kuala Lumpur 3 jam. KL ke Miri 2 Jam setengah dan Miri ke sekolah 5 jam.
5. Perlu urus pengajian dua orang adik yang masih belajar di IPTA.

NURUL DIYANA SULIMAN (BARAM, 2019-06-19)

#235

memohon perpindahan dan menghentikan dasar 90:10

Nor hidayah Sedek (Terengganu, 2019-06-19)

#236

Memohon pertukaran dan saya menyokong sepenuhnya.

Wan Mahmud Wan Ibrahim (Sarawak, 2019-06-19)

#237

Saya juga ingin berpindah dan bekerja dekat dengan keluarga bagi memudahkan saya untuk berjumpa ibu bapa saya sekiranya berlaku apa-apa kecemasan..

Mohd Norhanif Abdul Hamid (Kedah, 2019-06-19)

#238

Saya mahu perpindahan ini ditetapkan tempoh perkhidmatan 5 tahun. Selepas 5 tahun semua guru dipindahkan ke negeri yang mereka mahu.

Nurul Husna Sahidan (Kapit, 2019-06-19)

#242

Tidak adil untuk kami.. rakan-rakan kami sudah mempunyai aset di sana, sedangkan kami di sini terpaksa mengikat perut semata-mata untuk membayar tiket kapal terbang.. 5 tahun sudah cukup.. kami juga punya keluarga..

Wan Muhammad Wan Jusoh (Kabong, 2019-06-19)

#244

My friends are experiencing hardship there

Khairanie Khaira (Miri, 2019-06-19)

#245

kesian kepada guru guru yang lebih lama berkhidmat masih berada di sarawak.. yang berpjj terpisah suami isteri anak .. berilah peluang kepada mereka..

wan mohd azuan wan mohd zin (belaga, 2019-06-19)

#246

Berjauhan dgn anak Dan isteri...tiket kapal terbang Mahal...hujung bulan tak cukup duit

Mohd Haniff (Sibu, 2019-06-19)

#247

Saya mahu berpindah ke pulau pinang.

Azwan Talal (Bintulu, 2019-06-19)

#249

Sy dh pjj 7 thun. Mmg geram & tension kja d sini

WM Rabani (Kangar, 2019-06-19)

#250

Nak pindahhh !!!

Saufi Wahab (Kedah, 2019-06-19)

#253

Sudah berkeluarga dan tidak mampu menanggung kos pergi dan balik kampung setiap kali cuti sekolah. Pengalaman di pedalaman selama 3 tahun di daerah Belaga sudah cukup untuk menjadikan pembakar semangat untuk berkhidmat di negeri sendiri.

Izmir Ibrahim (Sarikei, 2019-06-19)

#255

1. Berjauhan dengan suami.
2. Harga tiket melambung tinggi di musim perayaan dan cuti sekolah..
3. Tiada keiinginan berada di stesen semasa..
4. Dalam rawatan mendapatkan zuriat..
5. Menghidapi gangguan makhluk halus

Nadhirah Ismail (Lundu, 2019-06-19)

#257

Ayah menghidap penyakit jantung dan kencing manis. Kesihatan ayah saya amat merisaukan saya

Nasim Abdul Ghani (Miri, 2019-06-19)

#258

Saya tidak sanggup lagi utk berpjj dengan suami dan keluarga. Saya dan suami juga masih belum dikurniakan zuriat dan duduk bersama memudahkn kami utk berikhtiar mndptkn rawatan2 yang sptutnya. Ibu dan ibu mertua juga tidak sihat dan sangat memerlukaan jagaan dr sy dan suami. Saya juga telah membeli rumah di Perak dan ingin menetap di sana.Semoga Nov 2019 ni..ada rezeki buat saya dan kawan2 utk berpindah ke semenanjung.

Nor Ain Sulaiman (Bintulu, 2019-06-20)

#259

I want to be transferred to Selangor

Mohammad Ashraff Abd Rahman (Marudi, 2019-06-20)

#264

Sampai bila nak sekat pertukaran guru atas alasan keperluan perkhidmatan. Sedangkan ramai lagi anak sarawak mengajar di semenanjung.
Penggiliran lebih bagus jika masih tidak cukup kuota. Lagipun penggiliran boleh mengelakkan sesorang jadi besar kepala dalam sesuatu sekolah.

Zetty Akthar (Limbang, 2019-06-20)

#265

Saya mempunyai ibu bapa yang sudah uzur dan memerlukan perhatian dari anaknya.jangankan nasi sudah menjadi bubur barulah saya dipindahkan..biarlah saya berkhidmat di tempat yang masih boleh dan mudah untuk saya berulang alik melihat ibu bapa saya.selain tambang balik yang selalu di beri alasan saban tahun bahawa tidak mencukupi peruntukan.jadi kami terpaksa membeli tiket penerbangan untuk lima orang yang paling kurang perlu dibelanjakan hingga RM5000 untuk penerbangan pergi dan balik ke kampung.sehingga kadang terpaksa berkorban mencari jalan lain untuk mengurangkan kos.tetapi sampai bila harus kami bersabar jika kebajikan kami tak di endahkan?????

Asimatul hasanah Mohd salleh (Limbang, 2019-06-20)

#266

Berjauhan dengan suami, sudah lama tinggal di limbang,saya tinggal berdua sahaja dengan anak saya di limbang, pernah keguguran anak yang pertama, saya biasa pengsan tiba-tiba dirumah,dan hanya sedar semula apabila anak saya yang berumur 2 tahun meraung menangis menyebut nama saya,anak saya kerap sakit dan selalu ditahan diwad dan saya sahaja yang menjaganya, tidak ada sanak saudara, hanya saya sahaja yang mengurusnya seorang diri. Pernah ada orang yang tidak dikenali mengikuti saya sehingga ke rumah,ibu saya yang uzur di kampung seorang diri dan sering ke hospital, saya ingin balik berbakti di kedah. harga tiket kapal terbang yang mahal menyukarkan lagi saya untuk kerap pulang ke kampung.Tolong pindahkan saya .Tolong jaga kebajikan kami guru-guru di sarawak

Nurhidayah Hassan (Limbang, 2019-06-20)

#267

Anak jati pun taknak mengajar sarawak

Wan nazirul afiq Wan nasir (Melaka, 2019-06-20)

#270

Perpindahan disekat

Mohd Syahidan bin Abdul Aziz (Miri, 2019-06-20)

#271

Menyokong bantahan sekatan permohonan pertukaran guru-guru semenanjung yang berkhidmat di Sarawak.

siti aisyah (sarawak, 2019-06-20)

#272

Jarak jauh dengab isteri n anak

Roslan Ab Rahim (Kota bharu, 2019-06-20)

#273

Saya bersetuju dengan sistem giliran guru baharu ke sabah sarawak bagi mengambil kira keperluan guru lama yang sudah lama berkhidmat di sini.

Nor Amaliena Mohd Faudzi (Bekenu, 2019-06-20)

#274

Saya perlu pulang kerana ibu saya SAKIT

Mohd Rasyidi Zakaria (Miri, 2019-06-20)

#275

Sy menandatangani kerana pertukaran sy untuk tinggal bersama isteri tidak berjaya

Muhamad hilmi bin Adnan (Miri, 2019-06-20)

#276

Saya setuju dengan sistem giliran, hantar guru-guru muda di sabah sarawak supaya guru guru lama boleh balik ke semenanjung

Amyra Adylla (Miri, 2019-06-20)

#277

Saya mengajar disubis saya dah 5 tahun berjauhan dengan anak dan isteri (duka lara) saya mohon utk berpindah ke sabah kerana isteri saya orang sabah dan mengajar di sana... Tlg la bantu saya pindah ke sabah... Dasar 90:10 ni perlu dikaji balik.

Mohd Saiful Harun (Alor Setar, 2019-06-20)

#280

Suami dan keluarga di semenanjung.Hanya berdua dgn anak kecil di Sarawak

Azlira Ramli (Kelantan, 2019-06-20)

#282

Saya bersetuju kerana saya sudah tidak ada hati untuk mengajar di persekitaran sekolah ini dan sudah berasa tidak bersemangat kerana pentadbiran yang sangat lemah dan berat sebelah.

MUHAMMAD AFIFYUSRI YAHYA (Subis, 2019-06-20)

#283

PJJ with my husband and my daughter in Kelantan.

ZAHRAA SUHAIMI (KUCHING, 2019-06-20)

#284

ingin berpindah supaya berdekatam dengan ibu bapa selain harga tiket yang perlu ditanggung untuk 4 orang yang terlampauahal terutama musim cuti sekolah dan perayaan

ahmad faruqi abd aziz (betong, 2019-06-20)

#285

Sebab saya sudah terlalu lama berjauhan dengan anak isteri.

Mohamad Fadhil Mohd Sauid (Miri, 2019-06-20)

#292

Sejak dari Kahwin sehingga kini masih belum dapat hidup bersama suami isteri. isteri saya sudah 3 kali keguguran tanpa diri saya di sisi. saya sudah cukup tempoh 5 tahun di sarawak, sedangkan junior saya yang di sekolah saya sudah dapat berpindah. apa susah sangat mahu memindahkan saya!

Fudhail razak (Kuala Terengganu, 2019-06-20)

#294

dasar 90:10 menyukarkan guru semenanjung kembali ke negeri asal.

Muhammad Faizal Selamat (johor, 2019-06-20)

#295

mengharapkan pihak berkenaan memberi ehsan atas masalah sebegini. Tanggungjwab kita luas, bukan kepada pekerjaan sahaja. Ada lagi tanggungjawab lain seperti keluarga.

Masyitah Abdullah (Baram, 2019-06-20)

#299

Setuju untuk pertukaran guru yg telah berkhidmat lebih dr 5 tahun di sabah dan Sarawak kerana kami jugak mempunyai keluarga dan mak ayah di kampung di semenanjung.. Sementara meraka masih ada.. Berilah kami peluang utk berbakti kepada ibu bapa kami..

Naimah Atan (Sarawak, 2019-06-20)

#300

Sudah tepu dan tidak boleh berkhidmat dengan sebaiknya ditempat sekarang. Tambahan pula dengan kesihatan orang tua yang sakit. Saya disini 5 orang sekeluarga menyebabkan susah untuk pulang. Dengan harga tiket penerbangan yang begitu mahal akhir2 ini. Buatlah sistem rotation untuk 5 tahun perkhidmatan. Hantar lebih ramai guru baharu dan gantikan kami yang sudah lama disini. Kenapa perlu disekat perpindahan kami ataupun ditukar dengan pengganti. Jika kami tidak keluar macam mana pengganti nak masuk. Cubalah fahami kami dan keperluan kami. Saya semakin bertambah tahun semakin tidak boleh berkhidmat dengan baik. Dan ini memberi kesan tidak baik pada murid, sekolah dan sekeliling. Mengapa perlu ditahan untuk perpindahan sedangkan rakan2 dari sabah dan negeri2 lain mudah saja pindah mengikut aturan tahun perkhidmatan. Malah yang dalam negeri saja mudah berpindah ke ppd lain. Bukan saya minta pindah balik negeri asal, cuma pindahkan saja ke negeri mana2 saja. Memudahkan urusan kami untuk terus berbakti dalam profesion ini. Juga kepada ibu ayah yang tiada gantinya lagi. Saya mohon sangat2, tolonglah...

Fariq Helmi (Miri, 2019-06-20)

#303

Saya mahu menjaga anak saya sendiri. Dan saya sedang mengandungkan anak yang kedua. Saya mengajar di pedalaman yang serba kekurangan dan tidak sesuai untuk membawa anak kecil. Pelbagai risiko termasuk jalan ke sekolah yang teruk.

Nurul Tiqah (Pahang, 2019-06-20)

#304

Kerana sudah lama berjauhan dgn ank isteri..

Muhammad zahid Che hamat (Miri, 2019-06-20)

#305

nk balik malaya

syafie mahadi (kuching, 2019-06-20)

#306

Saya dah lama berjidmat di sarawak. Saya tertekan tak dapat tinggal bersama isteri

Khairuddin Che ali (Kemaman, 2019-06-20)

#310

Saya mahu berpindah keluar dari sarawak dan dasar 90:10 tidak relevan

Shahril Abdullah (Miri, 2019-06-20)

#311

Saya telah lama berkhidmat di Sarawak. Saya ingin pulang ke semenanjung tetapi permohanan eg tukar saya sentiasa tidak berjaya setakat ini.

Mursyidah Abdu Aziz (Lundu, 2019-06-20)

#314

Berjauhan dgn keluarga semenjak 2007 menuntut di IPGM di Miri sehingga kini telah memiliki keluarga dgn anak berusia 3 tahun di semenanjung..

Shoufi Royani (Miri, 2019-06-20)

#315

SAYA JUGA INGIN PULANG DUDUK SEBUMBUNG DENGAN SUAMI DAN ANAK.

NOR NAJIHAH ZAINUDIN (BINTULU, 2019-06-20)

#317

Saya menyokong kerana saya telah berkhidmat di Sarawak selama 5 tahun, dan meninggalkan anak bersama suami. Prestasi kerja terpaksa di utamakan sedangkan kebajikan kita sendiri di abaikan. Dasar 90:10 perlu di timbang semula kerana memberi impak yang besar kepada guru di Sarawak.

Asfiziana Salleh (Kota bharu, 2019-06-20)

#319

Saya merayu untuk kelulusan perpindahan sesi terdekat memandangkan saya berpjj menjaga anak sendirian dan sedang hamil anak kedua di sini. Emosi saya adakalanya benar-benar terganggu.

Safanah Adnan (Perak, 2019-06-20)

#320

My life is ruined staying here for so long time, I become mentally ills, I lost my wife...

Bfw Muhammad (Kapit, 2019-06-20)

#321

Perlu berpindah kerana isu kselamatan dan anak sakit kronik(jantung)

Ku Muhammad aslam Ku abdul halim (Miri, 2019-06-20)

#322

Saya menyokong petisyen ni kerana sudah tepu dan putus asa..tiada semangat untuk mengajar kerana ingin pulang berkhidmat pada ibu ayah.. tiket mahal menyebabkan saya sukar untuk pulang ke kampung sekerap yang boleh..kesihatan ibu ayah yang tidak menentu..inginkn suasana baru untuk mengajar..

Nur amirah Mohamad adenan (Miri, 2019-06-20)

#325

Saya sudah bosan di Sarawak, saya perlukan suasana baru Dan dekat dengan ibu saya yang tinggal keseorangan di Klang, Selangor

Asyraff Haikal (MIRI, 2019-06-20)

#326

PJJ
Lebih tempoh cukup untuk bertukar

Syaiful Adzreen Abdul Rahman (Miri, 2019-06-20)

#328

3tahun tinggal berjauhan dengan suami. terpaksa membawa anak dan pembantu berkhidmat di pedalaman yg serba kekurangan dari segi kemudahan asas untuk membesarkan bayi dan kos kapal terbang yang mahal untuk bertiga

Fatin Kamaruddin (Sibu, 2019-06-20)

#330

Sudah mencukupi 5 tahun lebih dan sedikit masalah kewangan

MOHD SYAZANI ARIFFIN (BAU, 2019-06-20)

#332

Berduka lara, menjaga anak kedua sendirian, berjauhan dengan suami dan anak pertama.

Hasmahafiza Othman (Pasir puteh, 2019-06-20)

#335

Nk pindah

Siti nadduwah Kamarudin (Belaga, 2019-06-20)

#336

I've been posted in P3 and have difficulty to meet my wife and a two year old son regularly.

Muhammad Nohermi Mat Jusoh (Ketereh , 2019-06-20)

#337

Kos pengangkutan mahal untuk balik jumpa keluarga dan ibubapa

Ekmal ROSLI (belaga, 2019-06-20)

#339

Saya sudah berkhidmat terlalu lama Di sebiah sekolah di baram, dari bujang sampailah ada anak, kami sekeluarga mohon untuk pindah ke selangor bagi memudahkan Segala urusan kami, terutama masalah kewangan, saya sendiri sudah tepu Di tempat yang sama😭😭😭😭

Diana Bohari (Kota Samarahan , 2019-06-20)

#342

Sy pjj dgn suami dr 2014.skrg sudah ad dua org ank yg tinggal brsama sy disini

Norlizawaty Mohd bakri (Belaga, 2019-06-20)

#344

Sistem yang lebih telus perlu dipertingkatkan. Alasan perpindahan perlu diperkemaskan lagi. Perpindahan bukan hanya menitik beratkan pasangan yang telah berkahwin sahaja. Jumlah tahun perkhidmatan perlu menjadi salah satu sebab kukuh untuk pertukaran guru. Sistem giliran perlu ada dan diperkemaskan lagi. Pegawai pengurusan bahagian perpindahan perlu telus dan berintegriti semasa memproses urusan perpindahan.

Noorsarahana Che Mohamad Yusoff (Belaga, 2019-06-20)

#346

Sudah sampai masa untuk saya berbakti kepada kedua ibu dan bapa saya

Nor 'adilah Anuar (Sarikei, 2019-06-20)

#348

I need to live with my wife and near my parents to take care of them. I'm the eldest brother in the family.

Muhamad Hakimin Abd Hamid (Bintulu, 2019-06-20)

#350

Im already been here for six year..i think its a time for me going back to semenanjung.

Noor amira Zabidi (Matu, 2019-06-20)

#352

Saya ingin menjaga dan menguruskan ibu saya yang menghidapi penyakit kronik buah pinggang tahap 4.Saya sudah berkhidmat lebih 4 tahun di Sarawak dan memenuhi syarat untuk berpindah ke stesen lain.

Umi Kalsom Hashim (Bintulu, 2019-06-20)

#353

Walaupun bukan dalam kes duka lara,saya masih mempunyai keluarga dan kedua orang tua saya di kampung. Pada masa inilah, saya sepatutnya berkhidmat kepada mereka. Sudah beberapa kali ibu saya ditahan di wad hospital, dan saya tidak dapat menjaganya kerana jauh di sarawak. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan agak sukar kepada saya untuk pulang ke kampung.

Najwa Nadhirah Ibarahim (matu, 2019-06-20)

#356

I desperately need to transfer from sarawak to penisular Malaysia.

Siti Nafishah (Sarawak, 2019-06-20)

#358

Sudah tiba masanya pulang berkhidmat di semenanjung. Ibu bapa menghidap penyakit kronik. Sudah agak lama berkhidmat di stesen terkini.

Mohamad Zulkarnain Radzuan (Bota, 2019-06-20)

#361

1) Mahu segera pindah
2) Tiada semangat mengajar di sini
3) Jauh dengan ibu bapa tambahan anak sulung
4) Kos Pengangkutan yang mahal berbanding ke luar negara
5) Memerlukan suasana persekolahan yang baru untuk menaikkan semangat kerja

Norashikin Binti Manshor (Kangar, 2019-06-20)

#362

Saya ingin berpindah kerana telah berkhidmat di sarawak hampir 6 tahun.keadaan ibu bapa yang uzur dan menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi memerlukan pemantauan.Selain itu, ingin bekerja dengan suasana yang baharu dan lebih baik.Di samping itu kos pengangkutan dari segi pengangkutan darat dan udara semakin tinggi.
Mohon dan berharap agar permohonan egtukar diluluskan.Aamiin

Harliana Binti Hamzah (Nilai, 2019-06-20)

#366

Saya dah xtahan untuk bekerja di sini mninggalkan anak isteri di penang. Saya memang tidak ada hati lagi untuk berkhidmay di sini

Wan muhamad firdaus Wan abdul hamid (Kapit, 2019-06-21)

#367

ZHARIF ASYRAF B. KHOZALI
TENGKU NOR FATIMAH TENGKU KADIR
911102025979
880415115220
I and my wife want to transfer because of we already service in Sarawak 5 years. We also want to be close with my family due to My mother kidney disease.
We already did our job in Sarawak. So, we kindly ask your consideration to understand our situation.

ZHARIF ASYRAF KHOZALI (Kabong , 2019-06-21)

#369

Mahukan keadilan dalam isu pertukaran guru semenanjung

Nor Haniza (Bintangor, 2019-06-21)

#370

Saya berasa teraniaya dan tertekan dengan pihak kerajaan persekutuan dan negeri Sarawk yang tidak memudahkan urusan pertukaran. Saya juga berasa pihak KPM menganak tirikan guru semenanjung yang bertugas di Sarawak. Tidak ambil kisah kebajikan guru.

Siti Maimunah Mubarak Ali (Matu, 2019-06-21)

#371

Sudah cukup tempoh perkhidmatan 5 tahun dan mempunyai masalah kewangan utk terus menampung hidup di sarawak.. Tiket mahal dan jauh daripada keluarga. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU PENGORBANAN INI. Daripada ibu saya sakit hingga meninggal dunia belum lagi dapat tukar. Semoga kita semua yang mohon egtukar dapat balik ke semenanjung.. Aminn

Tengku Nor Fatimah bt Tengku Kadir (Terengganu, 2019-06-21)

#372

memberi keadilan guru yang bertugas di sarawak yang berjauhan anak dan isteri ,bertugas tempoh lama dan kekangan lain untuk mereka pulang ke destinasi yang dipohon.Saya sudah hilang motivasi dan semangat untuk bertugas

MOHD ADZHA SA'PIE (ENGKILILI, 2019-06-21)

#374

Mohon pertimbangkan. Letak diri tuan di tempat kami, ibu bapa, suami/isteri, anak2 kami. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan sesungguhnya kiamat itu benar. Hari pertimbangan juga benar. Kifarah jugak benar.

Nor Syazwani Abdul Hadi (Dalat, 2019-06-21)

#375

Duka lara dan menjaga anak seorang diri

Nur Zafirah Ismail (Daro, 2019-06-21)

#379

Pasangan pjj sejak 2015 walaupun berkhidmat sama di Sarawak....saya di Baram...Isteri dan anak-anak di bandar Miri....anak sekarang 2 orang dan in sha Allah tahun ni anak ke 3 lahir...jd saya harap saya dapat tinggal bersama dgn pasangan dan anak-anak saya....

Ainuddin Hanif Khirel Azman (Teluk Intan, 2019-06-21)

#380

Dukalara bersama isteri dan anak hampir 3 tahun dan cukup tempoh perkhidmatan selama 7tahun di pedalaman sarawak.

MohdFadli Salam (Miri, 2019-06-21)

#381

Saya tidak bersetuju dengan dasar 90:10 ini. Sebaiknya wujudkan sistem giliran untuk penempatan guru-guru baharu supaya guru yang telah lama berkhidmat boleh berpindah. Sekian terima kasih.

Abdullah Che Cob (Marudi, 2019-06-21)

#386

saya berjauhan dengan isteri.

Mohd Hanafi (Bintulu, 2019-06-22)

#387

Luluskan permohonan perpindahan sy ke gombak..sdah 5 thun di pedalaman 3 kapit..sy mempunyai anak dan isteri yg berada di gombak..tanggungjawab sy untuk menjaga dan berada dekat dgn keluarga

Uzair Ibrahim (Gombak, 2019-06-22)

#388

saya bersetuju dengan petition ini.. kerana huraiannya menepati masalah besar yang dihadapi oleh guru2

Hilmi Zul (kanowit, 2019-06-22)

#391

Menjadi lumrah sesebuah kehidupan untuk pulang ke kampung halaman setelah sekian lama di perantuan. Terima kasih.

Muhammad farid Ahmad (Miri, 2019-06-22)

#393

-perpindahan alasan dukalara melebihi 3 tahun
-keperluan anak untuk mengikuti rawatan Spectrum Autism Disorder
-isteri berkhidmat di Bahagian Dasar, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
-Isteri mengandung 7 bulan akan kedua
-pegawai menyambung pelajaran peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
-Perkhidmatan aktif dan cemerlang 6 tahun di Bintulu

MOHAMAD FAIZ DAMANHURI (BINTULU, 2019-06-22)

#394

Mohon supaya guru yang sudah berkhidmat lebih 5 tahun diberi kutamaan. Tambahan lagi bagi yang di kawasan pedalaman.

Ahmad Mahir Sallehhudin (Miri, 2019-06-22)

#396

Saya merasakan tidak adil dalam sistem yg berlaku dalam egtukar terutamanya di negeri sarawak kerana tiadanya sistem rotation bg menggantikan kami di sarawak.Ini mungkin kerana kerajaan negeri sarawak yg ingin melaksanakan sistem 90:10 yang dianggap agak membebankan guru-guru yang telah lama berkhidmat di sarawak.mudahkanlah urusan perpindahan kami.

Muhammad haniffuddin Nasir (Kedah, 2019-06-22)

#397

Saya ingin merasakan pengalaman yang baru di kampung saya iaitu negeri terengganu darul iman..ini memberi cabaran yang baru buat diri saya .

Hanif Kamaludin (Marang, 2019-06-22)

#398

Saya perlu berpindah untuk anak saya yang akan mula bersekolah pada tahun depan. Saya perlu ada bersama anak saya. suami saya di pedalaman Baram..saya di pedalaman Song...anak di Kelantan...sudah lama sya xdpt membesarkan anak sendiri..sejak kahwin xdpt berada setempat dengan suami dan anak...tekanan membuatkan saya tidak bersemangat.

MAIZATUL NABILLAH GHAZALI (MACHANG, 2019-06-22)

#399

Saya memerlukan perpindahan kerana berjauhan dengan suami dan anak,anak kerap sakit dan memerlukan perhatian saya,rakan yang datang tahun yang sama dengan saya kebanyakkannya sudah berpindah.

Atiqah Samsudin (Limbang, 2019-06-22)